• Welcome to Faculty of Computer Science & Information Technology
  • dekan_fsktm@um.edu.my
  • +603-79676300
logo
logo

Majlis Perasmian Teater LogTech telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Januari 2025 yang lalu di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), hasil kerjasama antara Universiti Malaya (UM) dan Infinity Logistic and Transport Sdn. Bhd. Majlis ini merupakan satu acara penting bagi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) kerana ia mendapat perhatian khusus dengan kehadiran dan perasmian oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBrs Tuan Chang Lih Kang serta Menteri Pengangkutan (MOT) YBrs Tuan Loke Siew Fook.

Majlis ini dihadiri oleh wakil industri dan pelajar. Teater LogTech memperkenalkan platform inovasi yang menghubungkan dunia teknologi dan seni. Majlis ini bukan sahaja mempamerkan potensi integrasi teknologi dalam seni, tetapi juga membuka peluang kolaborasi strategik antara institusi akademik dan industri pada masa hadapan.