![]() | Khamis, 17 Julai 2025, siaran Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1 jam 8:35 pagi, menampilkan Prof. Dr. Ainuddin Wahid Abdul Wahab dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaya. Beliau akan berkongsi pandangan dan kepakaran dalam topik yang sangat relevan hari ini: “Akaun Digodam: Isyarat Bahaya Dunia Maya.” Dengan peningkatan kes penggodaman dan ancaman siber, segmen ini bakal memberi pendedahan penting tentang risiko keselamatan akaun digital dan apa yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri dalam dunia maya. Prof. Dr. Ainuddin bukan sahaja seorang pakar keselamatan siber yang disegani, tetapi juga figura penting dalam mengangkat nama FSKTM sebagai pusat rujukan dalam bidang teknologi dan keselamatan digital. Kami di FSKTM amat berbangga dengan penglibatan beliau dan menjemput semua untuk menonton siaran ini secara langsung di TV1, MYTV (Saluran 101) atau RTM Klik. Jom sama-sama support dan dapatkan ilmu yang bermanfaat terus dari pakar! |